Monday, June 27, 2011

Tiga kelompok cara pandang manusia terhadap kehidupan

Tiga kelompok cara pandang manusia terhadap kehidupan:

1. Orang yang lebih sibuk dengan akhirat daripada dunia.
Mereka mebuat hidupnya didominasi oleh akhirat. Dunia hanya diletakkan digenggaman tangannya bukan di hatinya. Ini adalah kelompok orang yang beruntung.

2. Orang yang lebih sibuk dengan dunia daripada dengan akhirat.
Mereka begitu cinta dunia hingga dunia menguasainya dan membuatnya lupa kepada akhirat dan mereka juga tidak tahu bahawa dunia itu jambatan menuju akhirat. Ini adalah kelompok orang yang celaka

3. Orang yang sibuk dengan keduanya sekaligus.
Mereka tidak ingin masuk pada kelompok pertama atau kedua, namun ingin mendapatkan sebahagian karakteristik kelompok pertama dan sebahagian kelompok kedua. Mereka ini adalah kelompok yang berada dalam situasi krisis.

Pastikan kita tergolong dalam kelompok yang pertama.

(sumber:http://haluansiswa.haluan.org.my/index.php/direktori-artikel/327-tarbiyah-akhirat-mendidik-hati)

Tuesday, June 14, 2011

Apa bahan bacaan kita dan keluarga?

 
Apa bahan bacaan kita dan keluarga setiap hari, minggu, bulan atau tahun? Bagi mereka yang belum mengenali majalah SOLUSI dan MUSLIMAH, saya cadangkan anda jadikan majalah-majalah ini sebagai antara bahan bacaan keluarga kita. Di Dungun, ni, majalah SOLUSI dan MUSLIMAH boleh didapati di kedai-kedai seperti kedai encik Murad (Jln. ke UiTM), kedai buku sebelah McD dan kedai buku di depan surau Tuan Guru Hj. Zainal Abidin (Sura Gate).

Thursday, June 2, 2011

Musim cuti sekolah ni banyak majlis kahwin. Dalam khutbah Jumaat lepas, khatib ingatkan agar mereka yang buat majlis akad nikah dalam masjid agar jaga adab-adab dalam masjid - jangan jadikan masjid riuh-rendah macam pasar, tutup aurat, perempuan yang haid , nifas haram berada dalam masjid, elak percampuran lelaki dan wanita. Org yang berilmu dalam hal ini kena tegur dan ajar org yang jahil. Org jahil pula janganlah jadi "bodoh sombong" bila ditegur dan kata "alaaa...kahwin bukannya selalu...". Jangan jadikan kita jauh daripada rahmatNya dengan ketidakcaknaan kita kepada hukum-hakamNya.

BESAR tapi kecil

Suatu pagi, dalam perjalanan ke pejabat bersama rakan, saya terpaksa berhenti buat seketika kerana sebuah kereta besar berada di tengah-tengah jalan. Ingatkan kerbau negeri sembilan sahaja yang tercegat di tengah jalan menghalang perjalanan teksi (seperti dalam iklan raya di TV). "Ooooo..tak ade apa-apa encik, kereta besar lentang jalan".

Mana pemandunya? Oooooo…agaknya yang sedang membeli suratkhabar di kedai tepi jalan tuuuu…...Aiikkk….lamanya ..berbual mesra dan bergelak lagi…..Kereta menghalang laluan orang dan orang sedang tunggu kita. Berapa lama tunggu ni?. Lamalah juga sehingga terpaksa buat keputusan ambil risiko - laluan "Camel Trophy" di bibir longkang! Alhamdulillah lepas! Pemandu kereta besar lihat dengan tenang. Tak senyum dan angkat tangan punnnn. Tak apalah…Agaknya memang macam ni caranya – kereta kita kecil kenalah mengalah dengan kereta besar! Teringat suruhan Tuhan tentang membuang duri di jalan untuk kesenangan orangramai.

Pengajaran: Kalau kita jadi orang besar atau kereta kita besar, jangan buat orang kecil atau kereta kecil sebegitu!.