Wednesday, July 27, 2011

1st CLASS!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432H. Kita berazamlah untuk jadikan Ramadhan tahun ini sebagai Ramadhan terbaik buat kita dan keluarga selama hidup ini. Kita berdoa agar diberikan kelapangan masa, kesihatan diri, keteguhan iman untuk kita mengaut sebanyak mungkin kelebihan bulan ramadhan pada tahun ini. Jangan lepaskan peluang ini kerana ianya mungkin ramadhan terakhir buat kita....

Maafkan orang, untungkan kita....

Memaafkan orang yang membuat salah kepada kita sebenarnya tidak menguntungkan orang itu tetapi menguntungkan kita sendiri. Ini kerana dengan memaafkan orang yang bersalah kepada kita, kita telah melepaskan racun kebencian dan dendam yang dikemam dalam mulut kita. (rujukan: Tanyalah Ustaz, 17/7/2011)

Ada terima bil-bil daripada Allah SWT?

Kita banyak terima bil daripada manusia untuk apa yang kita guna dalam kehidupan seharian - elektrik, air, telefon, petrol dan sebagainya. Bil-bil tu pula umumnya, sentiasa naik (kekadang dengan begitu kerap dan tinggi kadarnya) walau sesetia mana kita membayarnya atau ianya amat membebankan . Begitulah manusia....sikap ihsannya terbatas. Allah SWT tidak begitu - tiada bil dicaj untuk udaraNya yang kita sedut, titisan air hujanNya yang mendinginkan, pemandangan cantik hamparan bumiNya yang kita nikmati, kecantikan dan kesempurnaan anggota badan yang kita gunakan dan sebagainya. Pun begitu, sesetengah daripada kita lebih menghargai manusia daripada Allah SWT. "Panggilan" manusia didengari manakala "panggilan" Allah dipekakkan. Hukum-hakam manusia diikuti manakala hukum-hakam Allah SWT diabaikan. Angkuh sungguh si manusia....

Friday, July 1, 2011

Meninggal dunia dalam sujud. Subhanallah!

Hati-hati bila bercakap...

Sesetengah orang tidak berhati-hati bila bercakap. Cakap ikut sedap mulut. Cakap macam orang tiada iman dalam diri. Misalnya, cakap di hadapan ibu yang sudah tua dan sakit. Saya pernah jumpa seorang ibu yang lama terlantar sakit tetapi anaknya yang segar bugar pula yang 'pergi dulu'. Bila bercakap pasal kematian, setiapkita berkeadaan seperti telor di hujung tanduk!. ANYONE, ANYTIME, ANYWHERE, ANYHOW.