Sunday, February 27, 2011

Hubungan suami isteri & adab dengan sahabat handai

Intipati tazkirah Subuh (28/2/2011, Isnin) - Dalam sesebuah rumahtangga, suami ibarat raja, isteri ibarat permaisuri, anak-anak ibarat rakyat. Suami berkewajipan mendidik diri, isteri serta anak-anak ke arah pematuhan kepada syariat Allah SWT seperti tutup aurat, solat dan sebagainya. Perlu ada komunikasi serta amal-makruf nahi mungkar dalam keluarga. Isteri wajib patuh kepada suami kecuali dalam perkara  maksiat kepada Allah SWT. Dalam hal adab dengan sahabat handai, silaturrahim merupakan salah satu perkara yang membawa atau menghalang kita kepada atau daripada syurga Allah SWT. Justeru, kena cari masa untuk ziarah saudara mara dan bantu semampu mungkin bila bantuan kita diperlukan.

No comments:

Post a Comment