Wednesday, November 30, 2011

Productive muslim

Berpenyakit....

Masa sakit, makan tak berselera. Hulur nasi biryani ayam madu atau apa saja makanan kegemaran pun, geleng kepala. Kalau makan pun hanya sesuap. Bukannya tak tahu yang makanan tu sedap tapi mulut rasa pahit dan tak berapa boleh telan.

Begitulah juga dengan orang yang tak suka/liat nak solat, malas bersedekah, menjauhi rumah Allah dan majlis ilmu, susah nak tolong orang, dedah aurat, ingkar hukum hakam Allah swt. Bukannya tak tahu ganjaran yang dijanjikan Allah swt untuk hambanya yang bertaqwa. Orang begini sebenarnya berpenyakit....

(petikan http://www.tazkirah-for-all.blogspot.com)

Saturday, October 15, 2011

Sijil

Anak saya baru lepas UPSR. Minggu lepas saya bantu beliau isi borang permohonan ke sekolah berasrama penuh melalui internet. Borang tu perlu dicetak dan dihantar kepada pihak sekolah bersama sijil-sijil penglibatan dalam sukan, kelab, unit uniform, pencapaian khas dan kepimpinan. Bila disemak, beliau ada 4 sijil, iaitu kurang 1 sijil. Dalam sukan, penglibatannya ‘sukaneka’….emmmm. Tahap penglibatan (samada wakil negeri/daerah/sekolah)?. Saya rumuskan….wakil diri sendiri lah!. Saya difahamkan, selain daripada pencapaian akademik, sijil-sijil penglibatan dalam aktiviti lain penting dan diambilkira dalam pemilihan ke sekolah berasrama penuh.

Terfikir saya tentang permohonan kita untuk ke Syurga Allah. Pastinya banyak “sijil-sijil” yang diperlukan dan diambilkira. Terdetik dalam hati,
“Aku ada ke semua sijil-sijil tu?, Cukup ke sijil-sijil aku?, Boleh digunakan ke sijil-sijil yang aku ada tu?, Kalau tak cukup sijil-sijil aku tu, nak buat macam mana?”.




Tuesday, August 23, 2011

JANGAN KITA JADI ORANG YANG MENYESAL DI ALAM HADAPAN

 
Penyesalan Saat Amal Diperlihatkan:  “Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya dari sebelah kirinya, maka dia berkata:"Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini), Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku, Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu, Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Telah hilang kekuasaan dariku". (Al Haaqqah: 25-29).

Penyesalan Saat Berdiri di Neraka: “Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata:"Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Rabb kami, serta menjadi orang-orang yang beriman". (tentulah kami melihat suatu peristiwa yang mengharukan).” [Al-An’am: 27]
Jangan sampai ada yang mengeluh ketika melihat siksa dengan dengan berkata: Alangkah baiknya sekiranya aku kembali hidup di dunia, maka aku pasti akan berbuat baik saja. Tidak mungkin engkau akan kembali hidup di dunia, sebab selama engkau di dunia sudah sampai keapadamu ayat-ayatKu, lalu engkau dustakan, engkau menyombongkan diri, dan engkau tetap menolaknya (Az Zumar: 58-59)

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN 1432H - belum pergi dah rasa rindu!

Insyaallah, anak saya akan menduduki UPSR tahun ini. Tarikhnya, 13 September 2011. Maknanya, tinggal tak sampai sebulan lagi. Namun, sukar sungguh untuk saya memastikan beliau istiqamah mentelaah pelajaran. “Celiko” kata orang Kelante atau “Dekko” kata orang Ganung, yang bermaksud mengelak daripada buat apa yang disuruh. Bbuih mulut menasihatkan beliau yang “susah beliau sekarang adalah untuk senang kemudian”.
Samalah juga dengan kedudukan kita semua sekarang. Hari ini. Minggu ini. Kita berada di hari-hari terakhir Ramadhan 1432H/2011. Dalam masa kurang 10 hari lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita. Allah SWT sediakan tawaran yang dapat bantu memberi kesenangan kepada kita di alam akhirat yang kekal abadi nanti. Lailatul Qadr – kelebihan umpama beramal 1000 bulan (83 tahun). Agaknya berapa ramai daripada kita yang baca buletin ini berumur 83 tahun?. Kalau ada pun, adakah ibadatnya sempurna 83 tahun?

Panduan diberi lagi untuk mudahkan kita – malam-malam yang ganjil! Tinggal berapa malam lagi malam-malam yang ganjil?. Namun, adakah kita sanggup bersusah sedikit sekarang unutk senang kemudian? Atau ianya sama saja dengan 10 terakhir Ramadhan di tahun-tahun sudah?. Bbuih mulut orang-orang yang beri peringatan mengingatkan kita tentang hal ini tapi, gitulah kitaaaa….PELUANG MASIH ADA UNTUK KITA BERBEZA TAHUN INI. ALANGKAH BERTUAHNYA KITA JIKA DAPAT “BERTEMU” LAILATUL QADR TAHUN INI …. KERANA SUDAH TERLALU LAMA KITA LEPASKAN PELUANG YANG DIBERI!.

Monday, August 22, 2011

Membaca sambil beramal

Beli buku ini dan anda secara otomatik menyumbang RM10 ke tabung Surau Taman Permint Indah (STPI) Dungun.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu; lalu dia berkata (menyesali), “Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian) ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)

 Cepat! Cepat! Hanya 100 naskah pertama dijual diperuntukkan untuk tabung surau.
Butiran buku seperti berikut:
     Harga: RM10 (tak termasuk kos hantaran melalui pos/kurier)
     Bilangan mukasurat: 222    
     Kandungan : Antaranya,

Bahagian Satu: ANALOGI KEHIDUPAN
  1.  "user manual" kehidupan
  2. kita buih!
  3. ikut resmi anggur
  4. tak takut sebab tak kenal
  5. ubat
  6. bonzai
  7. 100 meter terakhir! pecut
  8. main wau di baroh
  9. cermin
  10. kapal titanic
 Bahagian Dua: SIKAP
  1. Pitih aku..ikut suka akulah!
  2. Mudahkan urusan urusan orang lain
  3. kena hulur, susah nak tidur
  4. Lihatlah ke bawah
  5. Sombongnya kita dengan Allah
  6. Pakaian dalam grobok
  7. Aku, aku dan aku!
  8. Selesa dalam kejahilan
  9. Jumpa tuan vs. Jumpa Tuhan
  10. Jahat dibalas baik
 Bahagian Tiga: KEKELUARGAAN
  1.  sanggup, bersedia dan ikhlas
  2. A,B,C,D,E,F
  3. Awaklah jaga mak
  4. ibubapa derhaka
  5. sayang bawa rebah
  6. anak: bawa sentosa atau seksa?
  7. isteri berleter
  8. didik anak vs. didik lembu
  9. kerjaya sebagai anak
  10. rumah kubur
221
Bahagian Empat: UMUM
  1. Dunia tua
  2. roda kehidupan
  3. azan
  4. saat kalut
  5. perjalanan
  6. bolhkah aku jadi VIP?
  7. ingat 5 sebelum 5
  8. isridraj
  9. hanya tinggal nama
  10. lidah orang beriman vs....
BERMINAT NAK BELI? Hubungi 019-917 3234 atau 019-957 2234

Wednesday, July 27, 2011

1st CLASS!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432H. Kita berazamlah untuk jadikan Ramadhan tahun ini sebagai Ramadhan terbaik buat kita dan keluarga selama hidup ini. Kita berdoa agar diberikan kelapangan masa, kesihatan diri, keteguhan iman untuk kita mengaut sebanyak mungkin kelebihan bulan ramadhan pada tahun ini. Jangan lepaskan peluang ini kerana ianya mungkin ramadhan terakhir buat kita....

Maafkan orang, untungkan kita....

Memaafkan orang yang membuat salah kepada kita sebenarnya tidak menguntungkan orang itu tetapi menguntungkan kita sendiri. Ini kerana dengan memaafkan orang yang bersalah kepada kita, kita telah melepaskan racun kebencian dan dendam yang dikemam dalam mulut kita. (rujukan: Tanyalah Ustaz, 17/7/2011)

Ada terima bil-bil daripada Allah SWT?

Kita banyak terima bil daripada manusia untuk apa yang kita guna dalam kehidupan seharian - elektrik, air, telefon, petrol dan sebagainya. Bil-bil tu pula umumnya, sentiasa naik (kekadang dengan begitu kerap dan tinggi kadarnya) walau sesetia mana kita membayarnya atau ianya amat membebankan . Begitulah manusia....sikap ihsannya terbatas. Allah SWT tidak begitu - tiada bil dicaj untuk udaraNya yang kita sedut, titisan air hujanNya yang mendinginkan, pemandangan cantik hamparan bumiNya yang kita nikmati, kecantikan dan kesempurnaan anggota badan yang kita gunakan dan sebagainya. Pun begitu, sesetengah daripada kita lebih menghargai manusia daripada Allah SWT. "Panggilan" manusia didengari manakala "panggilan" Allah dipekakkan. Hukum-hakam manusia diikuti manakala hukum-hakam Allah SWT diabaikan. Angkuh sungguh si manusia....

Friday, July 1, 2011

Meninggal dunia dalam sujud. Subhanallah!

Hati-hati bila bercakap...

Sesetengah orang tidak berhati-hati bila bercakap. Cakap ikut sedap mulut. Cakap macam orang tiada iman dalam diri. Misalnya, cakap di hadapan ibu yang sudah tua dan sakit. Saya pernah jumpa seorang ibu yang lama terlantar sakit tetapi anaknya yang segar bugar pula yang 'pergi dulu'. Bila bercakap pasal kematian, setiapkita berkeadaan seperti telor di hujung tanduk!. ANYONE, ANYTIME, ANYWHERE, ANYHOW.

Monday, June 27, 2011

Tiga kelompok cara pandang manusia terhadap kehidupan

Tiga kelompok cara pandang manusia terhadap kehidupan:

1. Orang yang lebih sibuk dengan akhirat daripada dunia.
Mereka mebuat hidupnya didominasi oleh akhirat. Dunia hanya diletakkan digenggaman tangannya bukan di hatinya. Ini adalah kelompok orang yang beruntung.

2. Orang yang lebih sibuk dengan dunia daripada dengan akhirat.
Mereka begitu cinta dunia hingga dunia menguasainya dan membuatnya lupa kepada akhirat dan mereka juga tidak tahu bahawa dunia itu jambatan menuju akhirat. Ini adalah kelompok orang yang celaka

3. Orang yang sibuk dengan keduanya sekaligus.
Mereka tidak ingin masuk pada kelompok pertama atau kedua, namun ingin mendapatkan sebahagian karakteristik kelompok pertama dan sebahagian kelompok kedua. Mereka ini adalah kelompok yang berada dalam situasi krisis.

Pastikan kita tergolong dalam kelompok yang pertama.

(sumber:http://haluansiswa.haluan.org.my/index.php/direktori-artikel/327-tarbiyah-akhirat-mendidik-hati)

Tuesday, June 14, 2011

Apa bahan bacaan kita dan keluarga?

 
Apa bahan bacaan kita dan keluarga setiap hari, minggu, bulan atau tahun? Bagi mereka yang belum mengenali majalah SOLUSI dan MUSLIMAH, saya cadangkan anda jadikan majalah-majalah ini sebagai antara bahan bacaan keluarga kita. Di Dungun, ni, majalah SOLUSI dan MUSLIMAH boleh didapati di kedai-kedai seperti kedai encik Murad (Jln. ke UiTM), kedai buku sebelah McD dan kedai buku di depan surau Tuan Guru Hj. Zainal Abidin (Sura Gate).

Thursday, June 2, 2011

Musim cuti sekolah ni banyak majlis kahwin. Dalam khutbah Jumaat lepas, khatib ingatkan agar mereka yang buat majlis akad nikah dalam masjid agar jaga adab-adab dalam masjid - jangan jadikan masjid riuh-rendah macam pasar, tutup aurat, perempuan yang haid , nifas haram berada dalam masjid, elak percampuran lelaki dan wanita. Org yang berilmu dalam hal ini kena tegur dan ajar org yang jahil. Org jahil pula janganlah jadi "bodoh sombong" bila ditegur dan kata "alaaa...kahwin bukannya selalu...". Jangan jadikan kita jauh daripada rahmatNya dengan ketidakcaknaan kita kepada hukum-hakamNya.

BESAR tapi kecil

Suatu pagi, dalam perjalanan ke pejabat bersama rakan, saya terpaksa berhenti buat seketika kerana sebuah kereta besar berada di tengah-tengah jalan. Ingatkan kerbau negeri sembilan sahaja yang tercegat di tengah jalan menghalang perjalanan teksi (seperti dalam iklan raya di TV). "Ooooo..tak ade apa-apa encik, kereta besar lentang jalan".

Mana pemandunya? Oooooo…agaknya yang sedang membeli suratkhabar di kedai tepi jalan tuuuu…...Aiikkk….lamanya ..berbual mesra dan bergelak lagi…..Kereta menghalang laluan orang dan orang sedang tunggu kita. Berapa lama tunggu ni?. Lamalah juga sehingga terpaksa buat keputusan ambil risiko - laluan "Camel Trophy" di bibir longkang! Alhamdulillah lepas! Pemandu kereta besar lihat dengan tenang. Tak senyum dan angkat tangan punnnn. Tak apalah…Agaknya memang macam ni caranya – kereta kita kecil kenalah mengalah dengan kereta besar! Teringat suruhan Tuhan tentang membuang duri di jalan untuk kesenangan orangramai.

Pengajaran: Kalau kita jadi orang besar atau kereta kita besar, jangan buat orang kecil atau kereta kecil sebegitu!.

Monday, May 9, 2011

Perjalanan....

Kasih ibu!


Seorang ibu, walaupun melahirkan anak itu boleh jadi pertarungannya dengan maut, dia tetap bangga dan excited menanti saat kelahiran si anak. Justeru, walau siapa pun kita hari ini, ingattttttt…kita bermula di mana?. Manfaatkan peluang yang ada sebaik mungkin untuk berbakti kepada ibu!. Berbakti kepada ibu, Allah anugerahkan ketenangan dalam jiwa, keberkatan dalam hidup!

Malang dan celakanya kita jika jadi anak yang tak cakna pada ibu: (1) rumah kita besar, rumah ibu terbiar. Rumah kita selesa didiami, rumah ibu bocor sana-sini. (2) Kita sakit, terus ke hospital swasta. Ibu sakit, “ahhh!! berehat saja lah!”. (3) Kasih sayang terhadap ibu bersyarat – bila ada masa, bila nak harta, hanya masa muda, bila bapa masih ada, masa ibu masih ada upaya!

Anak-anak Rasulullah SAW

PUTERA:
  1. Abdullah bin Muhammad - Putra beliau dari Khadijah, meninggal ketika masih kecil.
  2. Ibrahim bin Muhammad (wafat 10 H) - Putra Nabi dari Mariah Qibtiah. Dia hanya hidup selama 18 bulan. Nabi menyaksikan ketika dia menghembuskan nafas yang terakhir sambil manitiskan air mata, beliau berkata “mata boleh manitiskan air, hati boleh bersedih, tapi kita tidak boleh mengucapkan kalimat yang tidak diridai Allah”.
  3. Qasim bin Muhammad - Putra beliau dari Khadijah yang meninggal ketika masih kecil.
PUTERI:
  1. Fatimah binti Muhammad (wafat 11 H) - Putri bungsu Rasulullah SAW dari Khadijah yang paling disayangi oleh Rasulullah SAW. Dia tergolong wanita Quraisy yang genius dan pintar bicara. Dia menikah dengan Ali bin Abu Thalib. Dari perkawinan ini lahirlah Hasan, Husain, Ummi Kultsum dan Zainab. Dia meninggal 6 bulan setelah wafatnya Rasulullah. Dan dari Fatimah Az-Zahro¡¦ini lahirlah dzuriyah Rasul sampai sekarang.
  2. Ruqaiah binti Muhammad (wafat 2 H) - Putri Rasulullah SAW. dari Khadijah yang dipersunting oleh Utbah bin Abu Lahab sewaktu Jahiliah. Setelah munculnya Islam dan turunnya ayat yang berarti “Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan dia juga akan celaka” (S. Al-Masad ayat 1)dia langsung dicerai oleh suaminya atas perintah Abu Lahab. Dia memeluk Islam bersama ibunya. Kemudian dia dinikahi oleh Usman bin Affan dan ikut bersama suaminya hijrah ke Abessina (habasyah ), kemudian mereka kembali dan menetap di Madinah seterusnya meninggal di kota itu pula.
  3. Ummi Kultsum binti Muhammad (wafat 9 H/639 M) - Putri Rasulullah dari Khadijah yang dipersunting oleh Utaibah bin Abu Lahab pada masa Jahiliah. Setelah turunnya ayat yang artinya: “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia juga akan binasa.” (S. Al-Masad ayat 1) ia dicerai oleh Utaibah atas perintah Abu Lahab. Sepeninggal kakaknya, Ruqaiyah, istri pertama Usman dia dinikahi oleh Usman bin Affan. Dia ikut berhijrah ke Madinah.
  4. Zainab binti Muhammad (wafat 8 H.) - Putri sulung Rasulullah yang dipersunting oleh Abul Ash bin Rabi’. Dia memeluk agama Islam dan ikut hijrah ke Madinah, sementara suaminya bertahan dalam agamanya di Mekah sampai dia tertawan dalam perang Badar. Di saat itu, Rasulullah meminta kepadanya untuk menceraikan Zainab, lalu diceraikannya. Setelah dia masuk Islam, Rasulullah SAW. mengawinkan mereka kembali.

(Bahan diemail oleh Hj. Tg. Halim Tg. Ahmad)

Wednesday, May 4, 2011



Ada orang tak pernah gi ke masjid /surau sepanjang hayatnya tapi bila gi sekali, dia duduk depan sekali, malah di hadapan tok imam.

Monday, May 2, 2011

Perumpamaan dalam Al-Qur'an (1): Manusia macam binatang ternak!


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat kebesaran (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”(al-A’raf, 7: 179 )

Wednesday, April 13, 2011

+2, -2

Luqmanul Hakim berpesan untuk kita ingat 2 perkara dan lupakan 2 perkara:
  • Ingat segala perbuatan baik orang terhadap kita dan lupakan segala kebaikan kita kepada orang.
  • Lupakan kejahatan orang kepada kita, tetapi ingat segala perbuatan buruk kita kepada orang.
Pesanan ini bertujuan mengelakkan kita daripada perasaan sombong, riak dan suka mengungkit kerana sifat manusia yang mudah melupakan jasa orang dan suka menonjolkan kebaikan diri sendiri. Seterusnya, kita akan jauh daripada perasaan dendam dan sakit hati terhadap orang. Kita juga akan sentiasa bertaubat dan berusaha untuk membetulkan kelemahan diri.


Sunday, April 10, 2011

Kaji, perhati & pelajari daripada ciptaan Allah....

Buah manggis (atau di kampung asal saya, orang panggil buah ssetor) adalah antara buah kegemaran saya. Nak kongsi apa yang didengar daripada CD ceramah Ustaz Muhammad Kazim Elias tentang buah ini.
  1. Kulit luaran buah ini tak menarik - hitam bertampong-tampong. Namun, di dalam, isinya putih melepak. Berusahalah untuk mencontohi manggis - walaupun fizikal kita tak menarik, pastikan hati kita suci bersih! Tiada perasaan hasad dengki, dendam, benci, riak, sombong, ujub, pandang rendah kepada orang dan lain-lain sifat mazmumah.
  2. Jika bunga di luar buah (seperti yang ditunjuk anak panah merah dalam grafik di atas) ada misalnya, 6 jari, insyaallah, bilangan ulas isi di dalam buah juga ada 6. - malangnya, manusia tak macam tu. Luar, mulut kata sayang, hati di dalam benci meluat. Di depan kata lain, di belakang lain pula ceritanya.

Wednesday, April 6, 2011

Solat di ketika sukar dan senang....

  

 

Orang lain berusaha untuk mentaati perintah Allah walaupun dalam keadaan sukar. Takkan lah kita yang berkenderaan kuasa kuda, masjid/surau gah dengan karpet empuk/kipas/pendingin hawa, masih liat nak hadir solat berjemaah. Apa alasan kita di mahkamah agung Allah di akhirat nanti?. INGAT! Berwaspadalah dengan kemewahan, kesenangan dan keamanan kerana ianya juga ujian daripada Allah SWT. (dipetik daripada http://www.tazkirah-for-all.blogspot.com)

Sanggup, bersedia dan ikhlas...


Kita selaku seorang anak kena sanggup, bersedia dan ikhlas…..untuk menjaga ibu atau ayah di usia tua mereka. Usia di mana najis sendiri sudah tidak boleh mereka bersihkan, air kencing terkeluar tanpa disedari, untuk menggerakkan tubuh badan sendiri pun mereka mengharapkan orang lain dan seumpamanya. Tanya diri, “jika ianya berlaku, adakah aku sanggup, bersedia dan ikhlas”. Mengapa kita bincangkan ini? Kerana untuk peringatan dan menyedarkan sianak yang mungkin teragak-agak, ligat memikir untuk mengelak dari memikul tanggungjawab (saya sibuk, orang lain jaga boleh tak, rumah saya sempit, saya tinggal jauh, saya itu dan saya ini….), segan, geli gelemang, dan buat tetapi tidak dalam taat.


Setakat kita hidup ini, mungkin tiada ujian hebat ke atas kita. Ada orang dah diuji dengan kematian anak/suami, penyakit kronik, kemalangan, kebinasaan harta benda, kegagalan, kemiskinan, empat daripada lima anak cacat…Macam ada orang kata, “Malaysia ini berkat sebab tak seperti banyak negara lain yang dah kena macam-macam- Tsunami sampai berkali-kali, gempa bumi, ribut taufan, gunung berapi, malapetaka berganda, peperangan”. Adakah kita berkat/beruntung/baik/Allah sayang, sebab tidak diuji dan yang diuji itu dilaknat/rugi/jahat/Allah benci?. Firman Allah SWT bermaksud, 


“Apakah kamu mengira, kamu akan dimasukkan ke dalam syurga, selagi belum tiba kepada kamu ujian yang telah didatangkan kepada orang-orang sebelum kamu? Mereka diuji dengan kepapaan dan serangan penyakit serta digoncangkan. Sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman dengannya: Bilakah pertolongan Allah (hendak sampai)?…” (Al-Baqarah, ayat 214).


Selepas sekian lama berjalan di jalan mendatar, tiba-tiba kita berhadapan dengan pendakian….ujian hebat buat kita didatangkan Allah melalui ibu atau ayah yang uzur! …di masa kita sendiri berstatus ibu atau ayah!. Adakah kita sanggup, bersedia dan ikhlas - Ambil cuti tanpa gaji? Berhabis duit? Berkorban masa, keringat, rehat dan hobi? Berpisah seketika dengan isteri/suami/anak-anak? Atau kita hanya sanggup terlibat macam jiran-jiran dan kenalan – datang ziarah untuk 30 minit, kemudian balik tidur lena…hanya hulur duit sebab kita orang berduit?. Kita hanya ada seorang ibu dan seorang ayah. Justeru, kita hanya ada satu peluang dengan ibu dan satu peluang dengan ayah. Bersabarlah….sangguplah….bersedialah….ikhlas lah….Mungkin kesabaran kita atas satu-satunya ujian hebat ini yang membawa kepada reda Allah untuk kita menjejakkan kaki ke syurgaNya. 


         (dipetik daripada http://www.tazkirah-for-all.blogspot.com )

Sunday, March 27, 2011

Program Skuad Yasin Muslimat STPI di rumah Cikgu Rokiah

Pada 25/3/2011 (Jumaat) yang lepas, Skuad Yasin Muslimat STPI telah bertandan ke rumah cikgu Rokiah di Alor Tempoyak. Program ini telah berjaya mengeratkan tali silaturrahim antara jiran tetangga serta kenalan, menunaikan tuntutan ziarah-menziarahi antara satu sama lain dan juga menunjukkan bahawa "WE CARE". Terima kasih kepada cikgu Rokiah sekeluarga kerana sudi menerima kunjungan dan didoakan kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT.




Tuesday, March 22, 2011

2X...10X...berkali-kali

Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu ~ Al-Hujurat, ayat 6.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Orang mukmin tidak boleh disengat dua kali dari satu lubang” (sahih Bukhari)

Saturday, March 12, 2011

Gotong royong kenduri kahwin

Hari minggu 11 & 12 Mac 2011 merupakan hari minggu sibuk bagi warga STPI kerana terlibat dengan  kenduri kahwin keluarga ahli jemaah surau. Kumpulan baju merah (tiada kaitan langsung dengan yang di Thailand) terlibat dalam beberapa aktiviti seperti penyembelihan lembu, potong daging, masak nasi kukus, basuh pinggan mangkuk, "stesen radio", penyediaan sirap hijau & merah, dan jong kako. Terimakasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua di atas kecaknaan dan bantuan yang dihulurkan.


 

Tuesday, March 8, 2011

Doa yang kita remehkan...


Salah satu sebab mengapa kita tak kusyuk solat ialah kita tak faham apa yang kita baca dalam solat. Dah bertahun kita solat. Kita dok ulang bacaan yang sama tapi kita tak ambil inisiatif pun untuk faham apa yang kita baca. Cubalah...insyaallah, kita akan lihat sebenarnya kita boleh dan kita akan bertambah kusyuk dalam solat. Mungkin kita boleh mulakan dengan memahami bacaan doa semasa duduk antara dua sujud seperti yang dikongsikan di sini. Alangkah indahnya...Sebab itulah solat dikatakan sebagai komunikasi kita dengan Allah SWT.

Monday, March 7, 2011

Qunut

Kita ni setiap hari baca Qunut. Dah berpuluh tahun dah pun. Kita faham dok maksudnya. Yang kita dok amin..amin..selepas imam baca tu, kita tahu dok maksudnya. Kita usahalah untuk memahaminya. Kita sanggup bersusah payah untuk perkara lain dalam hidup. Takkanlah untuk memperelokkan ibadah solat, iaitu yang pertama disoal di akhirat nanti, kita ambil mudah. Cuba semak/cek/selidik/kaji/hitung, solat kita sekarang guna ilmu yang kita dapat bila - tadika, kelas fardhu ain masa sekolah rendah/sekolah menengah?
 
 

Saturday, March 5, 2011

Kursus Pengurusan Jenazah

Alhamdulillah, pihak AJK Badan Khairat telah berjaya mengadakan kursus pengurusan jenazah pada 5 Mac 2011 (Sabtu), bermula jam 9.00 pagi hingga 1.20 petang. Yuran penyertaan sebanyak RM10 dikenakan kepada setiap peserta  dengan bahan kursus serta makanan disediakan. Kursus telah dikendalikan oleh ustaz Radzuan bin Othman dan Ummi. Seramai lebih 20 orang yang terdiri daripada muslimin dan muslimat serta kanak-kanak telah menghadiri kursus ini.Tahniah dan terimaksih kepada Hj. Sila serta kerabat kerja yang telah berjaya menguruskan kursus ini dengan jayanya. Juga kepada para peserta yang dengan tenang mengikuti kursus walaupun "mayat" telah dua atau tiga kali "bangkit" dan beredar dari tempat pembaringannya.....




Peserta Muslimin - Hj Ismail B. Abu Bakar, Hj Hassan B. Salleh, Opandi B. Ahmad, Fauzi B. Ismail, Hj Yusof B Embong, Silahuddin B. Saibani, Syed Mohd Razali B SMP, Mohd Khairul Fadhli B. Ahmad, Hj Abd Hamid B. Jamal, Mustafa B. Abd Rahman, WM Nazif B. WM Nori, Hj Ahmad B. Ali, Hj Zulkifly B. Hasan, Mohd Hamizan B. Zakaria, Hj Zainal Abidin B. Hassan, Ahmad B. Abu Bakar.


Peserta Muslimat - Nor Anita Bt. Abu Bakar, Fazilah Bt. Muda, Mudzlifah Bt. Hj Othman, Norul Karimah Bt. Mat Daud, Che Wan Foziah Bt. Ahmad, Ramlah Bt. Long, Norhidayah Bt. Mustafa, Norma Bt. Mat Junos, Masitah Bt. Mokhtar, Saodah Bt. Ismail, Amnah Bt. Ibrahim, Nur Afiqah Bt. Thalib, Nur Zafirah Bt. Thalib, Nur Hidayah Bt. Daud.

Peserta Pelajar KAFA - Amirul Firdaus B. Azmi, Hamiz Imran B. Fauzi, Muhammad Ariff Fadhilah B. Zulkifly, Muhammad Zulhilmi B. Jusoh, Muhd Nur Arif B. Azha, Athir Rushdan B. Mohd Hanifuddin, Muhammad Iman Imran B. Ahmad, Nur Syahidah Bt. Hassan, Syarifah Nur Afiqah Bt. Syed Mohd Razali, Muhammad Hazman B. Thalib, Muhammad Aminuddin B. Amdan, Muhammad Hariz B. Rosli, Mohamad Khairul B. Zakaria. 

Friday, March 4, 2011

Bersalaman tangan secara berjemaah antara ahli jemaah selepas solat

Berikut adalah petikan daripada buku "Formula Solat Sempurna" tulisan ustaz Zaharuddin Abd. Rahman. Perbincangan lanjut mengenai perkara ini akan ditampal di papan kenyataan, ruangan TAZKIRAH, STPI.

  1. bersalaman sesama Muslim mempunyai dalil sahih, cuma dalilnya menyebut secara jelas ia dibuat ketika bertemu. Ustaz berpandangan bahawa hukumnya harus untuk seseorang berpegang dengan umum hadis, iaitu galakan untuk berjabat tangan tanpa dihadkan pada waktu tertentu, tanpa menafikan bahawa ketika bertemu ialah waktu yang paling digalakkan.
  2. Adat dan kebiasaan masyarakat Malaysia yang melakukan adat bersalaman ini sejak sekian lama juga perlu diambilkira sebelum menjatuhkan hukuman, terutamanya dalam hal furuk dan bersifat ijtihadiyah ini. Ini kerana adat dan uruf yang tidak bertentangan dengan syarak malah dapat mengukuhkan lagi salah satu antara maqasid al-syarak, sememangnya digalakkan.
  3. Walaupun demikian, jika terdapat sesiapa yang benar-benar mengikuti zahir nas semata-mata tanpa sebarang percubaan berpegang dan melihat kepada roh dan maqasid hasil daripada arahan untuk berjabat tangan, maka eloklah untuk mereka berjabat tangan ketika bertemu sahaja. Bagaimanapun, janganlah sampai mandakwa individu yang melakukannya telah melakukan satu perkara yang salah lagi sesat.

Thursday, March 3, 2011

Skuad Yasin Muslimat STPI

SKUAD YASIN KE RUMAH ANDA?
019-9158519 /014-5331477
HJH NOR HIDAYAH BT MUSTAFA
(AJK Surau Taman Permint Indah) 


MAJLIS PELANCARAN
Alhamdulillah, Majlis Pelancaran SKUAD YASIN MUSLIMAT STPI telah selamat diadakan pada 4 Mac 2011, jam 3 petang di STPI.  Tahniah & Terimakasih kepada kerabat kerja serta semua yang telah sama-sama menjayakan majlis ini. 








          

DI MANAKAH SURAH YASIN DITURUNKAN?
Daripada Ibnu Abbas ra katanya: “ Telah diturunkan surah Yasin di Mekah “



FADHILAT SURAH YASIN
1– Surah Yasin Adalah Hati Al-Quran
Daripada Anas ra katanya,Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
“ Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati dan hati al-Quran itu adalah Yasin, sesiapa yang membaca Yasin, Allah swt akan menulis untuknya ganjaran membaca al-Quran sebanyak sepuluh kali “
 
2-Yasin Termasuk Penyebab Keampunan
Daripada Abu Hurairah ra, daripada Nabi saw,maksudnya:
“ Sesiapa yang membaca Yasin pada waktu malam demi mencari keredhaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkannya pada malam tersebut”
 
3– Bacalah Yasin Terhadap Orang Yang Hampir Mati
Daripada Ma’qal bin Yasar ra bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:-
“ Yasin adalah hati al-Quran, tidak ada seorang hamba yang membacanya yang mahu mendapatkan keredhaan Allah dan ganjaran pada hari akhirat melainkan Allah swt akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu, maka bacakanlah ia untuk orang yang hampir mati dikalangan kamu.”


4-Faedah-faedah Surah Yasin
Daripada Hassan bin Athiyah bahawa Rasulullah saw telah bersabda, maksudnya: “  Surah yasin disebut dalam Taurat sebagai al-Mu”immah ( yang menyelubungi ), is menyelubungi dengan kebaikan dunia dan akhirat, dan melepaskannya daripada kesusahan dunia dan akhirat. Ia juga dipanggil al-Mudafi’ah al-Qhadhiyah ( yang membela lagimemenuhi ).Ia menjauhi pembacanya daripada setiap kejahatan dan memenuhi setiap keperluan.
Sesiapa yang membacanya dia memperolehi pahala menyamai dua puluh kali haji, sesiapa yang mendengarnya memperolehi pahala seribu dinar fi sabilillah, sesiapa yang menulisnya kemudian meminumnya sesungguhnya dia telah memasukkan ke dalam perutnya seribu ubat, seribu cahaya,seribu keyakinan, seribu keberkatan, seribu rahmat dan ditanggalkan daripadanya semua penyakit dan sakit hati.”
 
5. Surah Yasin Adalah Pendinding Diri
Daripada Abu Bakar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“ Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripada keduanya pada setiap Jumaat lalu dia membaca di sisi  keduanya Yasin nescaya Allah akan mengampuninya sama dengan bilangan setiap huruf daripadanya.”




ADAB-ADAB ZIARAH JENAZAH
  1. Membaca al-Quran  terutama surah Yasin dan menghadiahkan al-Fatihah seberapa kali kepada si mati
  2. Menunaikan solat jenazah
  3. Tidak berbual tentang perkara-perkara yang tidak berfaedah
  4. Tidak menceritakan sesuatu keburukan si mati kepada orang lain
  5. Mengucapkan takziah kepada keluarga si mati dengan musibah yang menimpanya
  6. Menunjukkan rasa sedih atas pemergian si mati
  7. Tidak makan dan minum ketika menziarahi jenazah
  8. Memakai pakaian yang menutup aurat dan bersopan santun
  9. Banyakkan berdoa kepada si mati 

  ADAB– ADAB ZIARAH PESAKIT
  1. Sunat muakkad menziarahi pesakit. Disunatkan memperbanyakkan ingat mati.
  2. Kadarkan tahap masa menziarahi pesakit.
  3. Mendoakan ke’afiatan pesakit.
  4. Bertanyakan kesihatan pesakit kepada kerabat terdekatnya.
  5. Mengambil tempat di bahagian kepala pesakit.
  6. Menyedapkan hati pesakit dengan janji sembuh dan ke’afiatan serta mengucap kesejahteraan kepadanya.
  7. Menyedarkan pesakit dari kezaliman dan meminta dipulangkan hak orang lain jika berlaku kezaliman.
  8. Bacakan al-Quran disisinya terutama surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas dan surah Ya Sin