Berikut adalah petikan daripada buku "Formula Solat Sempurna" tulisan ustaz Zaharuddin Abd. Rahman. Perbincangan lanjut mengenai perkara ini akan ditampal di papan kenyataan, ruangan TAZKIRAH, STPI.
- bersalaman sesama Muslim mempunyai dalil sahih, cuma dalilnya menyebut secara jelas ia dibuat ketika bertemu. Ustaz berpandangan bahawa hukumnya harus untuk seseorang berpegang dengan umum hadis, iaitu galakan untuk berjabat tangan tanpa dihadkan pada waktu tertentu, tanpa menafikan bahawa ketika bertemu ialah waktu yang paling digalakkan.
- Adat dan kebiasaan masyarakat Malaysia yang melakukan adat bersalaman ini sejak sekian lama juga perlu diambilkira sebelum menjatuhkan hukuman, terutamanya dalam hal furuk dan bersifat ijtihadiyah ini. Ini kerana adat dan uruf yang tidak bertentangan dengan syarak malah dapat mengukuhkan lagi salah satu antara maqasid al-syarak, sememangnya digalakkan.
- Walaupun demikian, jika terdapat sesiapa yang benar-benar mengikuti zahir nas semata-mata tanpa sebarang percubaan berpegang dan melihat kepada roh dan maqasid hasil daripada arahan untuk berjabat tangan, maka eloklah untuk mereka berjabat tangan ketika bertemu sahaja. Bagaimanapun, janganlah sampai mandakwa individu yang melakukannya telah melakukan satu perkara yang salah lagi sesat.
No comments:
Post a Comment