SKUAD YASIN KE RUMAH ANDA?
019-9158519 /014-5331477
HJH NOR HIDAYAH BT MUSTAFA
(AJK Surau Taman Permint Indah)
MAJLIS PELANCARAN
Alhamdulillah, Majlis Pelancaran SKUAD YASIN MUSLIMAT STPI telah selamat diadakan pada 4 Mac 2011, jam 3 petang di STPI. Tahniah & Terimakasih kepada kerabat kerja serta semua yang telah sama-sama menjayakan majlis ini.
DI MANAKAH SURAH YASIN DITURUNKAN?
Daripada Ibnu Abbas ra katanya: “ Telah diturunkan surah Yasin di Mekah “
“ Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati dan hati al-Quran itu adalah Yasin, sesiapa yang membaca Yasin, Allah swt akan menulis untuknya ganjaran membaca al-Quran sebanyak sepuluh kali “
“ Yasin adalah hati al-Quran, tidak ada seorang hamba yang membacanya yang mahu mendapatkan keredhaan Allah dan ganjaran pada hari akhirat melainkan Allah swt akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu, maka bacakanlah ia untuk orang yang hampir mati dikalangan kamu.”
Daripada Hassan bin Athiyah bahawa Rasulullah saw telah bersabda, maksudnya: “ Surah yasin disebut dalam Taurat sebagai al-Mu”immah ( yang menyelubungi ), is menyelubungi dengan kebaikan dunia dan akhirat, dan melepaskannya daripada kesusahan dunia dan akhirat. Ia juga dipanggil al-Mudafi’ah al-Qhadhiyah ( yang membela lagimemenuhi ).Ia menjauhi pembacanya daripada setiap kejahatan dan memenuhi setiap keperluan.
Sesiapa yang membacanya dia memperolehi pahala menyamai dua puluh kali haji, sesiapa yang mendengarnya memperolehi pahala seribu dinar fi sabilillah, sesiapa yang menulisnya kemudian meminumnya sesungguhnya dia telah memasukkan ke dalam perutnya seribu ubat, seribu cahaya,seribu keyakinan, seribu keberkatan, seribu rahmat dan ditanggalkan daripadanya semua penyakit dan sakit hati.”
“ Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripada keduanya pada setiap Jumaat lalu dia membaca di sisi keduanya Yasin nescaya Allah akan mengampuninya sama dengan bilangan setiap huruf daripadanya.”
ADAB– ADAB ZIARAH PESAKIT
ADAB-ADAB ZIARAH JENAZAH
- Membaca al-Quran terutama surah Yasin dan menghadiahkan al-Fatihah seberapa kali kepada si mati
- Menunaikan solat jenazah
- Tidak berbual tentang perkara-perkara yang tidak berfaedah
- Tidak menceritakan sesuatu keburukan si mati kepada orang lain
- Mengucapkan takziah kepada keluarga si mati dengan musibah yang menimpanya
- Menunjukkan rasa sedih atas pemergian si mati
- Tidak makan dan minum ketika menziarahi jenazah
- Memakai pakaian yang menutup aurat dan bersopan santun
- Banyakkan berdoa kepada si mati
ADAB– ADAB ZIARAH PESAKIT
- Sunat muakkad menziarahi pesakit. Disunatkan memperbanyakkan ingat mati.
- Kadarkan tahap masa menziarahi pesakit.
- Mendoakan ke’afiatan pesakit.
- Bertanyakan kesihatan pesakit kepada kerabat terdekatnya.
- Mengambil tempat di bahagian kepala pesakit.
- Menyedapkan hati pesakit dengan janji sembuh dan ke’afiatan serta mengucap kesejahteraan kepadanya.
- Menyedarkan pesakit dari kezaliman dan meminta dipulangkan hak orang lain jika berlaku kezaliman.
- Bacakan al-Quran disisinya terutama surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas dan surah Ya Sin
No comments:
Post a Comment