Pada 25/3/2011 (Jumaat) yang lepas, Skuad Yasin Muslimat STPI telah bertandan ke rumah cikgu Rokiah di Alor Tempoyak. Program ini telah berjaya mengeratkan tali silaturrahim antara jiran tetangga serta kenalan, menunaikan tuntutan ziarah-menziarahi antara satu sama lain dan juga menunjukkan bahawa "WE CARE". Terima kasih kepada cikgu Rokiah sekeluarga kerana sudi menerima kunjungan dan didoakan kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT.
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) selain daripada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”~At Taubah:18
Labels
- AJK Surau (1)
- Badan Kebajikan Khairat (3)
- gotong royong - kenduri kahwin (1)
- Intipati kuliah/tazkirah (2)
- Jadual Kuliah Ilmu (1)
- Kongsi Buku (4)
- kongsi ilmu (28)
- kursus pengurusan jenazah (1)
- Lokasi STPI (1)
- mutiara kata (2)
- Skuad Yasin Muslimat (2)
- video pilihan (3)
Sunday, March 27, 2011
Tuesday, March 22, 2011
2X...10X...berkali-kali
Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu ~ Al-Hujurat, ayat 6.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Orang mukmin tidak boleh disengat dua kali dari satu lubang” (sahih Bukhari)
(dipetik daripada http://www.tazkirah-for-all.blogspot.com)
Saturday, March 12, 2011
Gotong royong kenduri kahwin
Hari minggu 11 & 12 Mac 2011 merupakan hari minggu sibuk bagi warga STPI kerana terlibat dengan kenduri kahwin keluarga ahli jemaah surau. Kumpulan baju merah (tiada kaitan langsung dengan yang di Thailand) terlibat dalam beberapa aktiviti seperti penyembelihan lembu, potong daging, masak nasi kukus, basuh pinggan mangkuk, "stesen radio", penyediaan sirap hijau & merah, dan jong kako. Terimakasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua di atas kecaknaan dan bantuan yang dihulurkan.
Friday, March 11, 2011
Tuesday, March 8, 2011
Doa yang kita remehkan...
Salah satu sebab mengapa kita tak kusyuk solat ialah kita tak faham apa yang kita baca dalam solat. Dah bertahun kita solat. Kita dok ulang bacaan yang sama tapi kita tak ambil inisiatif pun untuk faham apa yang kita baca. Cubalah...insyaallah, kita akan lihat sebenarnya kita boleh dan kita akan bertambah kusyuk dalam solat. Mungkin kita boleh mulakan dengan memahami bacaan doa semasa duduk antara dua sujud seperti yang dikongsikan di sini. Alangkah indahnya...Sebab itulah solat dikatakan sebagai komunikasi kita dengan Allah SWT.
Monday, March 7, 2011
Qunut
Kita ni setiap hari baca Qunut. Dah berpuluh tahun dah pun. Kita faham dok maksudnya. Yang kita dok amin..amin..selepas imam baca tu, kita tahu dok maksudnya. Kita usahalah untuk memahaminya. Kita sanggup bersusah payah untuk perkara lain dalam hidup. Takkanlah untuk memperelokkan ibadah solat, iaitu yang pertama disoal di akhirat nanti, kita ambil mudah. Cuba semak/cek/selidik/kaji/hitung, solat kita sekarang guna ilmu yang kita dapat bila - tadika, kelas fardhu ain masa sekolah rendah/sekolah menengah?
Saturday, March 5, 2011
Kursus Pengurusan Jenazah
Alhamdulillah, pihak AJK Badan Khairat telah berjaya mengadakan kursus pengurusan jenazah pada 5 Mac 2011 (Sabtu), bermula jam 9.00 pagi hingga 1.20 petang. Yuran penyertaan sebanyak RM10 dikenakan kepada setiap peserta dengan bahan kursus serta makanan disediakan. Kursus telah dikendalikan oleh ustaz Radzuan bin Othman dan Ummi. Seramai lebih 20 orang yang terdiri daripada muslimin dan muslimat serta kanak-kanak telah menghadiri kursus ini.Tahniah dan terimaksih kepada Hj. Sila serta kerabat kerja yang telah berjaya menguruskan kursus ini dengan jayanya. Juga kepada para peserta yang dengan tenang mengikuti kursus walaupun "mayat" telah dua atau tiga kali "bangkit" dan beredar dari tempat pembaringannya.....
Peserta Muslimat - Nor Anita Bt. Abu Bakar, Fazilah Bt. Muda, Mudzlifah Bt. Hj Othman, Norul Karimah Bt. Mat Daud, Che Wan Foziah Bt. Ahmad, Ramlah Bt. Long, Norhidayah Bt. Mustafa, Norma Bt. Mat Junos, Masitah Bt. Mokhtar, Saodah Bt. Ismail, Amnah Bt. Ibrahim, Nur Afiqah Bt. Thalib, Nur Zafirah Bt. Thalib, Nur Hidayah Bt. Daud.
Peserta Pelajar KAFA - Amirul Firdaus B. Azmi, Hamiz Imran B. Fauzi, Muhammad Ariff Fadhilah B. Zulkifly, Muhammad Zulhilmi B. Jusoh, Muhd Nur Arif B. Azha, Athir Rushdan B. Mohd Hanifuddin, Muhammad Iman Imran B. Ahmad, Nur Syahidah Bt. Hassan, Syarifah Nur Afiqah Bt. Syed Mohd Razali, Muhammad Hazman B. Thalib, Muhammad Aminuddin B. Amdan, Muhammad Hariz B. Rosli, Mohamad Khairul B. Zakaria.
Friday, March 4, 2011
Bersalaman tangan secara berjemaah antara ahli jemaah selepas solat
Berikut adalah petikan daripada buku "Formula Solat Sempurna" tulisan ustaz Zaharuddin Abd. Rahman. Perbincangan lanjut mengenai perkara ini akan ditampal di papan kenyataan, ruangan TAZKIRAH, STPI.
- bersalaman sesama Muslim mempunyai dalil sahih, cuma dalilnya menyebut secara jelas ia dibuat ketika bertemu. Ustaz berpandangan bahawa hukumnya harus untuk seseorang berpegang dengan umum hadis, iaitu galakan untuk berjabat tangan tanpa dihadkan pada waktu tertentu, tanpa menafikan bahawa ketika bertemu ialah waktu yang paling digalakkan.
- Adat dan kebiasaan masyarakat Malaysia yang melakukan adat bersalaman ini sejak sekian lama juga perlu diambilkira sebelum menjatuhkan hukuman, terutamanya dalam hal furuk dan bersifat ijtihadiyah ini. Ini kerana adat dan uruf yang tidak bertentangan dengan syarak malah dapat mengukuhkan lagi salah satu antara maqasid al-syarak, sememangnya digalakkan.
- Walaupun demikian, jika terdapat sesiapa yang benar-benar mengikuti zahir nas semata-mata tanpa sebarang percubaan berpegang dan melihat kepada roh dan maqasid hasil daripada arahan untuk berjabat tangan, maka eloklah untuk mereka berjabat tangan ketika bertemu sahaja. Bagaimanapun, janganlah sampai mandakwa individu yang melakukannya telah melakukan satu perkara yang salah lagi sesat.
Thursday, March 3, 2011
Skuad Yasin Muslimat STPI
SKUAD YASIN KE RUMAH ANDA?
019-9158519 /014-5331477
HJH NOR HIDAYAH BT MUSTAFA
(AJK Surau Taman Permint Indah)
MAJLIS PELANCARAN
Alhamdulillah, Majlis Pelancaran SKUAD YASIN MUSLIMAT STPI telah selamat diadakan pada 4 Mac 2011, jam 3 petang di STPI. Tahniah & Terimakasih kepada kerabat kerja serta semua yang telah sama-sama menjayakan majlis ini.
DI MANAKAH SURAH YASIN DITURUNKAN?
Daripada Ibnu Abbas ra katanya: “ Telah diturunkan surah Yasin di Mekah “
“ Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati dan hati al-Quran itu adalah Yasin, sesiapa yang membaca Yasin, Allah swt akan menulis untuknya ganjaran membaca al-Quran sebanyak sepuluh kali “
“ Yasin adalah hati al-Quran, tidak ada seorang hamba yang membacanya yang mahu mendapatkan keredhaan Allah dan ganjaran pada hari akhirat melainkan Allah swt akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu, maka bacakanlah ia untuk orang yang hampir mati dikalangan kamu.”
Daripada Hassan bin Athiyah bahawa Rasulullah saw telah bersabda, maksudnya: “ Surah yasin disebut dalam Taurat sebagai al-Mu”immah ( yang menyelubungi ), is menyelubungi dengan kebaikan dunia dan akhirat, dan melepaskannya daripada kesusahan dunia dan akhirat. Ia juga dipanggil al-Mudafi’ah al-Qhadhiyah ( yang membela lagimemenuhi ).Ia menjauhi pembacanya daripada setiap kejahatan dan memenuhi setiap keperluan.
Sesiapa yang membacanya dia memperolehi pahala menyamai dua puluh kali haji, sesiapa yang mendengarnya memperolehi pahala seribu dinar fi sabilillah, sesiapa yang menulisnya kemudian meminumnya sesungguhnya dia telah memasukkan ke dalam perutnya seribu ubat, seribu cahaya,seribu keyakinan, seribu keberkatan, seribu rahmat dan ditanggalkan daripadanya semua penyakit dan sakit hati.”
“ Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripada keduanya pada setiap Jumaat lalu dia membaca di sisi keduanya Yasin nescaya Allah akan mengampuninya sama dengan bilangan setiap huruf daripadanya.”
ADAB– ADAB ZIARAH PESAKIT
ADAB-ADAB ZIARAH JENAZAH
- Membaca al-Quran terutama surah Yasin dan menghadiahkan al-Fatihah seberapa kali kepada si mati
- Menunaikan solat jenazah
- Tidak berbual tentang perkara-perkara yang tidak berfaedah
- Tidak menceritakan sesuatu keburukan si mati kepada orang lain
- Mengucapkan takziah kepada keluarga si mati dengan musibah yang menimpanya
- Menunjukkan rasa sedih atas pemergian si mati
- Tidak makan dan minum ketika menziarahi jenazah
- Memakai pakaian yang menutup aurat dan bersopan santun
- Banyakkan berdoa kepada si mati
ADAB– ADAB ZIARAH PESAKIT
- Sunat muakkad menziarahi pesakit. Disunatkan memperbanyakkan ingat mati.
- Kadarkan tahap masa menziarahi pesakit.
- Mendoakan ke’afiatan pesakit.
- Bertanyakan kesihatan pesakit kepada kerabat terdekatnya.
- Mengambil tempat di bahagian kepala pesakit.
- Menyedapkan hati pesakit dengan janji sembuh dan ke’afiatan serta mengucap kesejahteraan kepadanya.
- Menyedarkan pesakit dari kezaliman dan meminta dipulangkan hak orang lain jika berlaku kezaliman.
- Bacakan al-Quran disisinya terutama surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas dan surah Ya Sin
Kongsi Buku - Al-Qur'anulkarim "Miracle The Reference"
Al-Qur'an ini saya beli 2 hari lepas di sebuah kedai di Hospital Universiti Kubang Kerian, Kota Bharu. Harganya RM250. Tawar punya tawar dapat RM230. Rasanya boleh juga didapati di kedai buku Jaafar Rawas, KB. Saya rasa dah sampai masa kita bukan sahaja baca tetapi fahami serta kaji Al-Qur'an. Harapannya, dengan fahami serta kaji Al-Qur'an, ketqwaan kita lebih meningkat. Orang kafir pun kaji Al-Qur'an. Takkanlah kita yang mengaku orang Islam, setakat baca saja. Tapi, kalu baca pong dok, guano gamok?. Saya dah lama cari Al-Qur'an ini. Ianya benar-benar bermanfaat bagi saya kerana ia ada 22 perkara berikut:
- Terjemah Tafsiriyah Per Kata
- Keyword (Blocking Ayat)
- Sistem Pembaca Tajwid
- Panduan Hukum Tajwid
- Terjemah Lengkap Departemen Agama
- Munasabah Ayat / Surat
- Tafsir Ath-Thabari
- Tafsir Ibnu Katsir
- Hadits Shahih
- Doa dan Dzikir
- Kosakata
- Asbabunnuzul
- Doa Dalam Al Quran
- Khazanah Pengetahuan
- Tanda-tanda Dalam Al Quran
- Asmaul Husna Effects
- Indeks Tematik
- Sirah Nabawiyah
- Atlas Perjalanan Hidup dan Dakwah Rasulullah SAW
- Analisis Peta
- Dzikir Al Ma’tsurat
- DVD Tutorial Tajwid Metode Syabana
Tuesday, March 1, 2011
Qiblat
Intipati tazkirah Subuh (1/3/2011, Selasa) - apabila solat, secara fizikalnya kita mengadap qiblat. Apa yang penting juga ialah hati dan tingkah laku seharian kita sentiasa 'berqiblatkan' syariat Allah SWT. Jika solat tapi kita masih tidak menutup aurat, amal rasuah, berperibadi buruk dan tercela serta berajakan nafsu, maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan solat kita....
Subscribe to:
Posts (Atom)