Islam mengutamakan hidup berjemaah. Indahnya hidup berjemaah:
1) Minggu lepas saya kena gout. Seorang jiran menyapa saya, "Lama tak nampak di surau?".Saya kata, "bahang di gout pulok!". Hari ini di surau, saya disapa beberapa rakan jemaah. Semuanya memberikan motivasi dan sokongan, "Macam mana gout?. Baik dah ke?", "Sabar ya. Sakit tu ujian Allah!", "Mung kena gout sebab Allah sayang mung Zif. Dia nak bagi pahala kepada mung". Rasa sakit gout yang masih berbaki itu hilang terus kerana keperihatinan yang ditunjukkan rakan-rakan jemaah.
2) Tiga minggu lepas, seorang jiran buat kenduri kahwin 2 orang anaknya sekaligus. Dua ekor kambing, seekor kerbau dan seekor lembu tumbang. Tenaga ahli jemaah surau digembeling bersama ahli keluarga hingga majlis dapat berjalan dengan sempurna. Jam 7.30 pagi sembelih, potong daging, masak. Jam 11.30 tetamu mula sampai. Ahli-ahli jemaah surau juga bertungkus lumus membantu melayan tetamu yang seramai lebih kurang 3,000 orang, sehingga jam 4.00 petang.
3) Bulan lepas, anak seorang jiran yang berumur 27 tahun meninggal kerana barah. Meninggal di hospital lebih kurang jam 8.30 pagi. Alhamdulillah, lepas zohor, solat jenazah dan dikebumikan sejurus selepas itu. Saya lihat sekali lagi jemaah surau berperanan besar. Kali ini dalam mempercepatkan proses dari mula sampai akhir (di hospital, bawa pulang jenazah, pemandian jenazah, solat jenazah, urusan gali kubur, talkin dan tahlil).
Mungkin peristiwa-peristiwa di atas adalah antara kebaikan tersirat daripada saranan Allah untuk orang Islam mengimarah dan solat berjemaah di masjid/surau.
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) selain daripada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”~At Taubah:18
Labels
- AJK Surau (1)
- Badan Kebajikan Khairat (3)
- gotong royong - kenduri kahwin (1)
- Intipati kuliah/tazkirah (2)
- Jadual Kuliah Ilmu (1)
- Kongsi Buku (4)
- kongsi ilmu (28)
- kursus pengurusan jenazah (1)
- Lokasi STPI (1)
- mutiara kata (2)
- Skuad Yasin Muslimat (2)
- video pilihan (3)
No comments:
Post a Comment